
Laporan/foto: Geraldine Voo Yee Wen/Vicky Matanjang
KOTA MARUDU, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Kampung Togudon Tandek masih mengamalkan permainan sukan tradisional berasaskan batu dan sungai.
Permainan seperti mitutulut (melastik), misimban (batu seremban), posiling pampang (meluncurkan batu atas air), monotok tokou (teka-teki jumlah batu), mototolong tokou (menahan nafas dalam air), membina istana pampang (binaan istana menggunakan batu) dan membina menara tujuh misteri unik merupakan permainan tradisi dahulu di Kota Marudu.
Salah seorang penduduk, Jeson Majimal, 56, yang juga merupakan antara pengasas dan perintis bersama Jawatankuasa dan Komuniti Kampung memaklumkan permainan-permainan ini telah dijadikan salah satu acara sukan semasa Penilaian Aspiring Kinabalu UNESCO Global Geopark (aKUGGp).
“Di samping mempromosikan permainan-permainan tradisional kepada pelawat yang datang, kami berharap generasi muda dapat mengekalkan sukan tradisi ini agar tidak lapuk dimakan zaman,” kongsinya ketika ditemui media di sini, pada Rabu.
-ZS-