
Laporan/foto: Zurina Saad
YAN, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Sempena Sambutan Bulan Hepatitis dan Hari Malaria Peringkat Negeri Kedah 2022 mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat di sini.
Karnival selama sehari ini berlangsung pada awal pagi Sabtu dengan pelepasan acara ‘Fun Walk’ dan ‘Fun Ride’ mendapat penyertaan melebihi 200 orang.
Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr. Hayati Othman turut menyeru semua pihak terutamanya daripada sektor perkilangan dan pembinaan supaya memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan untuk segera membuat saringan penyakit malaria dalam kalangan warga asing.
“Semua pihak perlu prihatin dalam mengesan dan merawat penyakit ini.
“Tema ‘I Can’t Wait’ dipilih untuk menunjukkan betapa pentingnya memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan hepatitis kerana hepatitis tidak menunggu kita,” ujar beliau.
-ZS-