
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Pulau Pinang)
SIMPANG AMPAT, 6 Jul (Malaysiaktif) – Khalifah Barber merupakan di antara kedai gunting rambut yang dikenali oleh masyarakat setempat.
Mohamad Amali, 27, pelajar lepasan UiTM Arau bersama rakan kongsinya Muhammad Arif, 27, yang merupakan pelajar lepasan GIAT MARA Kepala Batas mula menjalankan perniagaan gunting rambut pada tahun 2016 secara sepenuh masa.
Menurut Mohamad Ariff kemahiran gunting rambut yang dipelajari kerana minat yang mendalam dalam bidang tersebut digunakan sepenuhnya untuk mencari sumber rezeki yang halal.
“Perniaga kami bermula dengan modal sendiri sebanyak RM5,000 serta bantuan peralatan asas daripada GIAT MARA.
“Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) berjumlah RM3,000 yang turut kami terima telah banyak membantu meneruskan perniagaan terutamanya ketika wabak pandemik COVID-19 melanda,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi membantu golongan peniaga kecil dan sederhana sepertinya.
-ZS-