Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

KPDNHEP Melaka Giat Pantau Bekalan Harga Barang Kawalan

By 17 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan

MELAKA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka telah memeriksa sebanyak 22,544 premis perniagaan di seluruh negeri Melaka yang melibatkan penjualan minyak masak paket dan botol sejak bulan Januari sehingga kini bagi memastikan bekalan barangan kawalan terjamin.

Menurut Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Negeri Ngwe Hwee Sem pihak KPDNHEP telah melancarkan Ops Catut 9.0 bagi memberi perhatian kepada penawaran, penjualan dan bekalan minyak masak di setiap premis yang terpilih mengikut daerah.

“Baru-baru ini pihak KPDNHEP juga telah berjaya merampas sebanyak 850 paket minyak masak bersubsidi daripada sebuah syarikat pembungkus di daerah Melaka Tengah selepas disyaki berlakunya penipuan timbangan berat.

“Saya meminta orang awam untuk memberi maklumat atau membuat aduan kepada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sekiranya berlaku kesalahan perdagangan,” katanya di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda