Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Langkah Kerajaan Tangani Inflasi Dipuji

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa

KUANTAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Peniaga dan pengusaha restoran di sini memuji tindakan yang diambil pihak kerajaan dalam usaha menangani inflasi di negara ini.

Suraini Mustafa, 47, seorang pengusaha restoran berkata tindakan dan usaha kerajaan dalam menangani inflasi wajar diteruskan.

“Pihak kerajaan telah mengambil langkah yang pantas melalui penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan ia merupakan satu usaha yang baik,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya di sini baru-baru ini.

Beliau turut menambah harga makanan yang dijual di kedainya masih kekal seperti sebelum ini dan pelanggan yang datang ke kedainya semakin ramai.

Pengurus Bahagian Makanan Mydin Kuantan Tengku Kamaruzaman Raja Hasan juga menyambut baik usaha kerajaan melalui pasukan khas ini.

“Ia satu langkah yang baik terutama apabila kita lihat hasil penubuhan pasukan ini pihak pengeluar minyak masak bersetuju untuk menurunkan harga. Saya menyokong penuh usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda