Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MAIM Peruntuk Lebih RM3 Juta untuk Bantuan Aidiladha Tahun 2022

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyambut Aidiladha yang bakal tiba pada Ahad ini.

Sejumlah RM3 juta wang zakat negeri ini telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada lebih 10,000 asnaf daripada kategori fakir, miskin dan mualaf di seluruh Melaka bagi tahun ini.

Menurut Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud yang mewakili Ketua Menteri semasa merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Aidiladha Tahun 2022 di Masjid Al-Sultan Abdullah, di sini semalam kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk membantu golongan ini dengan mengadakan pelbagai program.

“MAIM akan meneruskan bantuan kepada semua pihak yang layak dan komited membantu asnaf memajukan diri dan keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed MK Basheer, ADUN Kuala Linggi Rosli Abdullah dan ADUN Taboh Naning Zulkiflee Md Zin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda