Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Martabatkan Masjid sebagai Mercu Tanda Agama

By 25 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Masjid merupakan sebuah tempat dan mercu tanda sebagai seorang muslim yang memartabatkan agama dan merupakan imej kepada umat Islam.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Mohd Yusri Hj Md Daud berkata demikian di program Gotong-royong Perdana di Masjid Haji Yassin, Sedim di sini semalam.

Beliau turut menyeru agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama melalui program pengimarahan yang diadakan seperti ini.

“Sama-samalah kita menjaga kebersihan masjid dan persekitarannya agar imej bersih ini dapat menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

“Lebih lagi kedudukan masjid ini terletak di kawasan tumpuan pelancong seperti Tree Top Walk,” katanya.

Program tersebut telah diadakan dengan penglibatan seramai 300 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Kulim antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat, pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan Raja serta penduduk setempat.

Turut hadir Sheikh Zainul Jamal Ketua Abg Ghani Ketua Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau serta Penolong Pegawai Agama Daerah Kulim Mohd Fadil Abdul Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda