
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)
KANGAR, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat digalakkan menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkenaan penyelewengan serta penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusuf berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, di sini semalam.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan boleh melaporkan kepada pihak KPDNHEP untuk membolehkan siasatan dijalankan.
“Sejak 1 Januari hingga 31 Mei 2022 sebanyak 115 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi di pintu-pintu sempadan seluruh negara direkodkan oleh pihak KPDNHEP bersama agensi penguatkuasaan lain di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan berjumlah RM10.19 juta,” jelas beliau.
-ZS-