
Laporan/foto: Yusoff Irman/Ainil Hayati
TEMERLOH, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat diseru untuk bersama-sama menghayati bulan kemerdekaan yang bakal menjelang.
Ahli Dewan Negeri Jenderak Dato’ Sri Mohamed Jaafar berkata, masyarakat hendaklah menghayati dan menghargai erti kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan tanah air.
Beliau berkata demikian di Program Semarak Gemilang 2022 anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Temerloh dan Pejabat Ahli Dewan Negeri Jenderak.
200 helai Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pahang turut diedar dan dipasangkan di sekitar Pekan Kuala Krau bersempena program berkenaan.
Turut hadir adalah Penghulu Mukim Jenderak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Kuala Krau dan ahli jawatankuasa Komuniti Keluarga Malaysia Kg. Kuala Krau.
-ZS-