Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Mat Kilau Titip Mesej Penyatuan

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka telah menganjurkan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia – Hayati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau bertempat di Elements Mall, di sini semalam.

Menurut Pengarah JPNIN Melaka Intan Suhana Yusuff program tersebut merupakan antara inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam merealisasikan matlamat dan sasaran dalam KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.

“Selaras itu semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan rakyat di negara ini perlu diperkukuhkan agar usaha memupuk perpaduan masyarakat yang cintakan negara dapat dicapai.

“Sehubungan itu bagi mencapai matlamat itu pihak KPN melalui JPNIN telah menganjurkan program ini secara percuma serentak di seluruh negara pada 17 Julai 2022,” ujarnya.

Peserta Nur Farhana Azman berkata melalui filem Mat Kilau ini beliau dapat melihat kepentingan bersatu padu antara masyarakat.

“Kata-kata sindiran dan dialog lakonan filem ini amat terkesan kepada penonton. Mat Kilau bukan filem untuk orang Melayu sahaja malah bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda