
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)
MELAKA, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata Kerajaan Negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka telah merekodkan pembangunan sebanyak 44,912 unit Rumah Mampu Milik diseluruh Negeri Melaka bagi tempoh 2020 hingga 2025.
“Agensi Kerajaan Negeri Melaka dan pihak swasta telah menghimpun sebanyak 11,518 unit Rumah Mampu Milik siap dibina, 15,233 unit Rumah Mampu Milik sedang dalam pembinaan manakala 18,521 unit lagi telah mendapat kelulusan dan dalam peringkat perancangan,” katanya semasa merasmikan Ekspo Perumahan dan Hartanah Melaka bertempat di Aeon Mall Bandaraya di sini baru-baru ini.
Ekspo tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)Cawangan Melaka,
Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Ngwe Hee Sem.
-ZS-