
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Shahvian Muhd Razali
TUARAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Muaythai merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang semakin diminati generasi muda.
Presiden Muaythai Daerah Kota Kinabalu, Muslee Tuah berkata Muaythai menjurus kepada gaya hidup sihat serta melatih disiplin diri belia.
“Sesi latihan Muaythai bukan hanya gerakan kosong, tapi setiap pergerakan adalah praktikal daripada teori yang dipelajari dan setiap gerakan tangan selama 45 minit boleh membakar kira-kira 500 kalori,” ujarnya ketika ditemui media pada pertandingan Muaythai di Padang Pekan Tuaran, hari ini.
Seramai 40 peninju dari sembilan daerah menyertai pertandingan tersebut sempena sambutan Hari Belia Negara 2022.
Dimaklumkan, sambutan berlangsung sehingga Ahad ini dan seni mempertahankan diri yang dipertandingkan ialah Wushu.
-ZS-