Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Murid Perlu Jaga Kebersihan Agar Terhindar daripada Penyakit Berjangkit

By 27 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/Pejabat Kesihatan Daerah Marang

MARANG, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Marang mengadakan taklimat pencegahan penyakit berjangkit di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai, di sini baru-baru ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu Dr. Goh Soo Ning amat penting murid-murid dan guru-guru menjaga kebersihan diri agar terhindar daripada penyakit berjangkit.

“Taklimat ini diadakan ekoran peningkatan secara mendadak kes berjangkit seperti tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Program sebegini juga perlu diteruskan di semua institusi pendidikan di daerah Marang,“ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda