Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MYHackathon 2022 – Penyelesaian Digital Isu Rakyat

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Padilah Nayan/Shahrul Ammar Jauhari (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan misi mencari penyelesaian dan inisiatif berinovasi yang dapat memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia menerusi pelancaran program MYHackathon 2022.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba edisi tahun ini adalah kesinambungan acara MYHackathon 2020 yang diperkenalkan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) iaitu agensi di bawah MOSTI yang merupakan salah satu inisiatif program MYStartup yang akan memberi tumpuan kepada pencarian penyelesaian kepada proses pemulihan ekonomi negara.

“Dengan tema ‘Hackathon Nasional Untuk Malaysia Yang Inklusif’, MYHackthon 2022 adalah platform terbaik yang menyediakan peluang bagi syarikat-syarikat ‘start-up’, perusahaan tempatan, mahupun individu untuk menawarkan penyelesaian berteknologi dalam menambah baik kualiti penyampaian Kerajaan, seterusnya mengetengahkan idea dan inovasi masing-masing untuk dikomersialkan,” jelasnya semasa merasmikan ‘Program Pernyataan Masalah MYHackathon 2022’ di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, di sini hari ini.

Pihak Cradle menjemput Keluarga Malaysia untuk turut serta dan melayari www.mystartup.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai ekosistem ‘start-up’ Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda