Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Tandatangan MoU Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan (Kuantan)/Pejabat Menteri Besar Pahang

KUANTAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah menyaksikan dua perjanjian persefahaman (MoU) bagi Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Pemajuan Pembangunan Bercampur Bandar Aero-angkasa, di sini semalam.

Menurut Wan Rosdy projek pembinaan lapangan terbang ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 dengan kos pembangunan sebanyak RM2 bilion.

“Projek ini berimpak tinggi yang melibatkan pemindahan lapangan terbang sedia ada ke kawasan baharu dan seterusnya menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu.

“Melalui projek ini juga Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan kedatangan seramai 40.79 juta orang pelancong bagi tahun 2050 setelah mengambil kira situasi normal tanpa isu pandemik dan kemasukan pelabur-pelabur baharu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda