
Laporan/foto: Amirul Azim Othman/Mohd Izuddin Isnin (Melaka)
MELAKA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Program Bapa Angkat (YB), Jabatan Angkat dan Anak Angkat (Sukan) merupakan sistem rantaian sokongan yang bagus bagi membantu keperluan setiap atlet untuk memberi kejayaan kepada negeri Melaka.
Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan VP Shanmugam V. Pitchay, sebanyak 31 persatuan sukan telah mendapat bapa angkat yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan turut disokong jabatan kerajaan yang bernaung dibawah kerajaan negeri Melaka.
Beliau yang mewakili Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali turut menyerahkan Watikah Bapa Angkat (YB), Jabatan Angkat dan Anak Angkat (Sukan), Mini Stadium Bistari Ayer, di sini semalam.
-ZS-