Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Meriah Hari Keluarga Malaysia di Taiping

By 19 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

AULONG, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Boyan berjaya menganjurkan program Hari Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan (SKKB), di sini semalam.

Yang DiPertua Dewan Negeri Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata program sebegini wajar diteruskan kerana dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat.

“Bertemakan Keluarga Malaysia konsep ini amat sesuai digunapakai pada masa kini bagi menunjukkan bahawa negara kita mempunyai ramai penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Penerimaan baik masyarakat terhadap konsep Keluarga Malaysia dapat mengeratkan ukhwah dan bersempena dengan bulan kebangsaan yang bakal tiba, saya menyeru kepada semua agar dapat menanamkan sifat patriotik demi cintakan tanah air,” ujarnya ketika berucap di Dewan Terbuka SKKB.

-ZS-

Tinggalkan komen anda