Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor, Negeri Sembilan Tandatangan Perjanjian Sempadan Darat

By 5 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Mohamad Syafiq Mohamad Saleh (Shah Alam)

SEPANG, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Perjanjian sempadan darat di antara negeri Selangor dan Negeri Sembilan hari ini telah menyelesaikan jajaran sempadan antara kedua-dua buah negeri.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata jajaran sempadan darat itu telah siap ditanda dan diukur dengan jarak sepanjang 111.9 kilometer.

“Melalui penentuan sempadan yang jelas, kerajaan-kerajaan negeri dapat merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan sempadan dengan lebih teratur dan bersepadu,” katanya.

Menurutnya, jajaran sempadan yang jelas juga membolehkan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan berkesan khasnya mencegah aktiviti pencerobohan tanah dan penerokaan sumber secara tidak sah.

Beliau berkata demikian ketika berucap serta menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda