Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Semak Harga Barang di Hujung Jari

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)

BALIK PULAU, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Aplikasi ā€˜Price Catcher’ sangat memudahkan pengguna untuk menyemak harga barang-barang keperluan dengan pantas di hujung jari.

ā€œā€˜Price Catcher’ merupakan satu aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk pengguna mendapatkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan di premis-premis terpilih dan carian boleh di buat melalui perkataan, kategori dan lokasi.

ā€œAplikasi melalui telefon pintar ini mesra pengguna dan mudah di kendalikan. Selain dapat menjimatkan masa dan kos, pengguna juga dapat mengenalpasti harga barangan di premis berhampiran dalam lingkungan 5 kilometer dari lokasi mereka,ā€ kata Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman kepada pengunjung-pengunjung program Bike Week Balik Pulau 2022, di sini semalam.

Tambah beliau aplikasi tersebut dibangunkan untuk memantau 6 jenis kategori barangan dan memuat naik harga setiap hari di aplikasi tersebut supaya Keluarga Malaysia dapat melakukan semakan harga dengan mudah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda