Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Semua Pihak di Labuan Diseru Promosi Ikan Air Tawar

By 17 Julai 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Semua sektor seperti rantaian penyajian serta penjualan iaitu restoran, gerai dan pelbagai medium perlu membantu pihak kerajaan mempromosikan pemakanan bermenukan ikan air tawar di pulau itu.

Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias ianya adalah satu cabaran yang besar kerana Pulau Labuan dikelilingi oleh laut dan secara tradisinya ikan air masin masih menjadi menu utama.

“Tapi tiada yang mustahil jika kita berusaha ke arah menjadikan ikan air tawar sebahagian daripada menu utama kita di Labuan.

“Saya berharap dan berdoa mudah-mudahan satu hari nanti kita juga akan mempunyai produk-produk berasaskan ikan air tawar yang dijual secara meluas di Labuan seperti ikan perkasam, ikan liking, filet dan ikan masin berasaskan spesies ikan air tawar,” jelasnya semasa merasmikan Program Jelajah Perikanan ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di Labuan Walk pagi Sabtu.

Tambahnya cabaran untuk menjayakan pengeluaran akuakultur adalah penyakit, isu tapak tanah dan perubahan cuaca.

“Tetapi melalui kerjsama dengan Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan, cabaran-cabaran ini boleh diatasi seperti mana negara Bangladesh, Vietnam, Mesir yang maju dalam bidang akuakultur ikan air tawar,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda