
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud
TUARAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seni mempertahankan diri tae kwan do masih menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi.
Demikian menurut Setiausaha Agong Persatuan Taekwando Sabah, Mhd Zaini Usop ketika ditemui media dalam pertandingan tae kwan do di Padang Pekan Tuaran.
“Sambutan terhadap seni pertahanan diri ini sentiasa menjadi pilihan generasi muda di Sabah dan kebanyakan pemilik pusat tae kwan do di negeri ini adalah jurulatih bertauliah serta berkelayakan,” ujarnya.
Sementara itu, salah seorang peserta wanita, Siti Nur Hazwani, 22, dari Tuaran berkata minat terhadap seni mempertahankan diri itu muncul sejak dari kecil lagi.
“Setelah menceburkan diri dalam tae kwan do, saya dapati ia turut meningkatkan disiplin, keyakinan serta membentuk kepimpinan diri,” kongsinya dalam pertandingan sempena Hari Belia Negara 2022, di sini pada Ahad.
Sebanyak enam acara dipertandingkan iaitu kategori, individu lelaki, individu perempuan, berpasukan lelaki, berpasukan perempuan dan pertandingan Best of The Best lelaki dan perempuan.
-ZS-