Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Wanita Tunjang Keluarga Malaysia Bahagia

By 24 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Dalam memastikan peranan wanita sebagai tunjang penting dalam sesebuah keluarga, Kolej Komuniti telah mengadakan program Memperkasakan Wanita Peringkat Parlimen Jelebu.

Program ini telah bermula sejak sebulan yang lalu dan telah melaksanakan lima kursus iaitu kursus penghasilan roti manis, roti sosej, ‘lasagna’, kek dan pengurusan jenazah.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias dalam ucapan perasmian penutup di sini baru-baru ini berkata kursus-kursus seperti ini perlu diteruskan kerana ini dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan golongan belia khususnya di Jelebu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali dan ADUN Pertang Noor Azmi Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda