Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

25 Buah Kenderaan Berkonvoi Bangkitkan Semangat Merdeka di Bentong

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Izarina KMI/Muhd Syafiq Irman

BENTONG, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 buah kenderaan daripada agensi kerajaan dan swasta bersama-sama telah menjayakan Konvoi Merdeka Keluarga Malaysia, (KMKM2022) sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2022 Peringkat Daerah Bentong, hari ini.

Menurut salah seorang peserta konvoi, Zainal Abdul Aziz, 41, “saya sangat teruja kerana sudah lama aktiviti sebegini tidak dilaksanakan, tambahan pula, negara tidak dapat menyambut bulan kebangsaan dengan meriah dua tahun kebelakangan ini kerana berdepan dengan pandemik COVID-19.”

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak dan beliau turut  menyempurnakan pelepasan  konvoi 25 kenderaan dihiasi Jalur Gemilang yang  berakhir di Simpang Pelangai, Bentong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda