
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Norhaidah Md Esa (Port Dickson)
PORT DICKSON, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Belia memainkan peranan yang penting dalam mengemudi negara pada masa hadapan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi Datuk Haji Abdul Rahman Mohd Redza berkata belia pada masa kini merupakan peneraju ke arah hala tuju negara.
“Demi masa, belia seharusnya memanfaatkan peluang yang ada dalam meningkatkan kebolehan mereka,” katanya ketika Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Daerah Port Dickson di Politeknik Port Dickson, baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti dijalankan sempena HBN Daerah Port Dickson antaranya kuiz kenegaraan, pameran agensi, mencari harta karun, sesi perkongsian dan gerai jualan.
-ZS-