Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bina Jati Diri Yang Kukuh Dapat Membentuk Keluarga Malaysia Yang Sejahtera

By 31 Ogos 2022September 1st, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/ Bashyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 31 Ogs (Malaysiaaktif) – Rakyat Kedah diseru supaya sentiasa sedar bagi membina jati diri yang kukuh sebagai anggota Keluarga Malaysia melalui empat aspek teras iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.

Menurut Menteri Besar Kedah Datuk Sri Muhammad Sanusi Md Nor, sebagai rakyat bagi sebuah negara yang merdeka kita perlu menghayati erti sebenar kemerdekaan tersebut.

“Justeru itu, dalam tangan kitalah anak-anak merdeka dipertaruhkan masa depan negara dan bagaimana kita mahu mencorakkan tanah air tercinta pada masa hadapan.

Walaupun kita sudah 65 tahun merdeka, namun pada zaman ini ancaman penjajahan adalah dalam bentuk baharu, bukan dalam bentuk fizikal tetapi melalui minda dan gaya hidup,” katanya semasa ucapan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Kedah di depan Pekan Rabu, semalam.-ZS-

Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 daerah Batu Pahat  tahun disambut di Stadium Batu Pahat turut dihadiri oleh Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat dan lebih kurang 2,000 orang masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda