
Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)
AMPANG, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat bersama-sama Komuniti Keluarga Malaysia Teratai telah mengadakan Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Teratai di Ampang Superbowl@Ampang Point, di sini semalam.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Negeri Selangor Nurul Wardina Abdullah dalam ucapan beliau berkata Program Merdeka@Komuniti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
“Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia dapat menggelorakan semangat kibarkan Jalur Gemilang dalam komuniti setempat.
“Semangat dan kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malayisa perlu dibuktikan oleh setiap rakyat Malaysia dalam meraikannya pada setiap tahun,” katanya lagi.
Edaran Jalur Gemilang dan acara boling santai di antara agensi-agensi di daerah Hulu Langat, rakan strategik dan Komuniti Keluarga Malaysia merupakan aktiviti dalam Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Teratai semalam.
-ZS-