
Laporan/foto: Siti Hajar Binti Kamis/Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)
SEREMBAN, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan bulan kebangsaan yang diadakan di sekolah sangat berkesan untuk memupuk semangat patriotisme cintakan negara dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Menurut guru besar Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, dekat sini Edie Amer Mohamad sambutan Bulan Kemerdekaan adalah sebuah program yang dinanti-nantikan pelajar setiap tahun dan menjadi platform untuk kami memupuk semangat patriotik dan perpaduan di antara pelajar menerusi kibaran Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.
“Bulan Kemerdekaan adalah bulan yang sangat sesuai untuk kita memupuk semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar sekolah.
“Ia juga dapat memupuk nilai murni bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian melalui penghayatan lirik yang terkandung dalam lagu patriotik yang didendangkan,” katanya di sini semalam.
-ZS-