
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah
ALOR SETAR, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Setelah dua tahun kita meraikan sambutan Bulan Kebangsaan dalam suasana pandemik COVID-19 pada tahun ini kita diberikan peluang untuk merasai erti kebebasan dalam menyemarakkan pelbagai acara sambutan kemerdekaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Ustaz Salim Mahmood al-Hafiz Semarak Gemilang yang diadakan dapat menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan orang ramai bagi sama- sama kita mengibarkan Jalur Gemilang.
“Mudah-mudahkan sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama dan kempen kibarkan Jalur Gemilang dapat mengukuhkan ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap di Program Semarak Gemilang Peringkat Negeri Kedah di Pekan Rabu, di sini pagi tadi.
-ZS-