Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hari Klang Tanpa Kenderaan Sempena Bulan Kebangsaan 2022

By 22 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Badarudin Shuib (Klang)

KLANG, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Hari Klang Tanpa Kenderaan bulan ini disambut dengan tema ‘Jiwa Merdeka’ telah diadakan dengan meriahnya di Padang Laman Seni, di sini semalam.

Siri kali ini adalah kerjasama antara pihak Pejabat Penerangan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Menurut Yang Dipertua MPK TPr. Noraini Roslan program Hari Klang Tanpa Kenderaan yang bertemakan ‘Perarakan Jiwa Merdeka’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun ini menonjolkan kelainan dan keunikan supaya dapat bersama-sama menghayati semangat jiwa merdeka dengan sepenuh hati.

Sementara itu Menurut Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kawasan Tengah Tuan Azrin Aris pihak TM buat julung kalinya menyediakan kemudahan wifi berteknologi 5G secara percuma kepada pengunjung.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut diadakan antaranya pemberian cenderamata di setiap tempat pemeriksaan jalan kaki, senaman aerobik, pertandingan pakaian kebangsaan serta gerai-gerai jualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda