Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ikrar Derma Tidak Sama Dengan Derma Organ

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/ Hazlinah Samsir

KOTA KINABALU, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Ramai yang tidak tahu, menjadi pengikrar derma organ tidak sama dengan penderma organ.

Menurut Ketua Koordinator Transplan Negeri Sabah, Low Lieh Yong, ikrar menjadi penderma organ hanyalah penyataan hasrat bahawa sekiranya meninggal dunia, dia membenarkan organnya untuk didermakan.

“Itu juga bergantung dengan keizinan bertulis daripada waris kerana kita menggunakan Akta Tisu Manusia 1974 yang menyatakan perlu ada keizinan bertulis daripada penderma sekiranya penderma hidup, dan daripada ahli keluarga sekiranya penderma meninggal dunia.

“Ada juga yang salah faham bahawa sekiranya menjadi pengikrar, pihak hospital akan berusaha untuk tidak menyelamatkan pesakit tersebut agar organnya boleh diambil. Sedangkan setiap anggota kesihatan memegang amanah dan tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.

“Sekiranya pesakit tidak dapat diselamatkan, baru pihak kesihatan akan memberi makluman kepada ahli keluarga untuk mempertimbangkan sekiranya bersetuju mendermakan organ pesakit ataupun tidak,” ujarnya ketika ditemui media di Pusat Sumber Transplan Sabah, Hospital Queen Elizabeth, baru-baru ini.

Tambahnya, peratus pengikrar derma organ yang dapat menjadi penderma juga adalah sangat sedikit kerana tidak ramai waris yang memberi kebenaran setelah pengikrar meninggal dunia serta untuk menderma organ pula, hanya yang meninggal secara mati otak sahaja organnya dapat didermakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda