
Laporan/foto: M Zakry Chan
AYER KEROH, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat Negeri Melaka telah berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka disini semalam.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, sambutan pada kali ini bertemakan ‘Ini Masa Kita’, meneruskan legasi HBN yang menjadi pendorong kepada generasi belia Melaka supaya lebih bersemangat dan komited dalam merencana kepimpinan masa depan.
“Statistik belia Melaka yang berumur 15-40 tahun 2022 adalah seramai 421,000 orang, maka kelompok belia ini amatlah penting sebagai aset negara dan segala usaha bagi meningkatkan potensi, penyerlahan bakat, pengukuhan jati diri, penyegaran pemikiran dan
keterampilan kepimpinan perlu dibina dan ditingkatkan seiring dengan semarak penonjolan melalui idealism, aktivisme dan intelektualisme yang merupakan citra orang muda.
“Para pemimpin belia sedia ada, perlu menyediakan pemimpin pelapis yang berkaliber, sekali gus mempersiapkan diri mendepani cabaran kepimpinan negara yang lebih luas setelah melepasi had usia seperti ditetapkan,” ujar Ketua Menteri Melaka ketika merasmikan sambutan HBN semalam.
-ZS-