Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Keluarga Malaysia Etnik Orang Asli Tidak Dilupakan

By 13 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/ Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 13 Ogos (Malaysiaaktif) –  Program Jelajah Kampung Orang Asli Parlimen Jelebu sempena Bulan Kemerdekaan singgah di Kampung Orang Asli Ulu Kelaka kelmarin.

Program yang berteraskan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat itu mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk kampung dengan kehadiran Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias.

“Keluarga Malaysia dalam kalangan etnik orang asli tidak pernah kerajaan lupakan dalam konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, oleh itu jika ada permasalahan datang la berjumpa dengan saya”, kata Jalaluddin Alias ketika berucap dihadapan penduduk Kampung Orang Asli Ulu Kelaka.

Tok Batin Kampung Ulu Kelaka, Adeng Geboi ketika ditemubual turut berterima kasih atas kunjungan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan bersyukur kerana permohonan bangsal untuk kegunaan penduduk kampung diluluskan.

Jalaluddin Alias turut mengedarkan 70 Jalur Gemilang kepada setiap ketua isi rumah dalam usaha memupuk semangat kibarkan Jalur Gemilang dengan konsep ‘1 Rumah, 1 Bendera’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda