Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kemeriahan Merdeka Lebih Terasa Selepas Berakhirnya Pandemik

By 16 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pelapor/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Nurul Ain Johari

BATU PAHAT, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kehadiran warga Batu Pahat di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang hari ini adalah bukti kebersamaan dari pelbagai bangsa dan budaya sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Semangat Keluarga Malaysia inilah yang perlu kita semarakkan dan hayati dalam usaha kita mensejahterakan kehidupan rakyat ketika kita mendepani cabaran ekonomi global” kata Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat semasa menyampaikan ucapan beliau.

Jabatan dan Agensi Kerajaan Daerah Batu Pahat turut serta dalam Konvoi Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah. Konvoi bermula dari Dataran Penggaram Batu Pahat dan akan berakhir di Arena Warna Ayer Hitam.

Bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada kenderaan awam disekitar laluan konvoi bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara.

Konvoi Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Batu Pahat telah dilepaskan oleh Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat.

Turut hadir program Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang, Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Raja dan Ahli Parlimen Batu Pahat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda