Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Kenangan Manis Anak Merdeka

By 31 Ogos 2022September 1st, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin/mediaP127

JEMPOL, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai tujuh orang anak merdeka di dalam Gugusan Felda Raja Alias dijemput menghadiri Program Semarak Gemilang Ambang Merdeka daerah Jempol malam tadi.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermula jam 2.00 petang lagi dengan pertandingan Mewarna kanak-kanak, pertandingan sajak merdeka, pertandingan lagu patriotik, pameran agensi, jualan produk Risda, persembahan artis dan banyak lagi.

Kemuncak acara Program diadakan majlis sambutan Hari lahir untuk anak-anak merdeka dengan majlis memotong kek Hari lahir bersama Ahli Parlimen.  Yang lebih manisnya lagi, salah seorang anak merdeka, Mariam Ahmad, 65 tahun telah menerima hadiah utama sebuah motorsikal sumbangan ahli parlimen.

“65 tahun mak cik hidup, malam ini adalah kenangan yang paling manis. Memang makcik dalam perancangan untuk beli motorsikal” ujar beliau. Beliau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah kerana telah menjemput beliau hadir malam tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda