
Laporan/foto: Abassalimi Mohamad / Mohd Isa Arifin (Kluang)
KLUANG, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 100 orang penduduk sekitar mukim ini berkumpul di Dewan Terbuka Kg Sri Maju Jaya, Machap bagi menzahirkan semangat untuk menyambut bulan Kemerdekaan pada tahun ini melalui Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Machap.
Sambutan Bulan Kebangsaan adalah masa yang sesuai untuk warga Malaysia terutama warga di Mukim Machap untuk menunjukkan semangat cintakan tanahair.
PERKESO Daerah Kluang dan Poliklinik Perdana turut serta bagi memeriahkan program tersebut dengan membuka kaunter bagi Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri dan Skim PEKA B40. Manakala Poliklinik Perdana pula menyediakan kaunter untuk saringan kesihatan secara percuma.
Pegawai Penerangan Daerah Kluang, Mohd Sharir Mohd Sani berkata “gabungan kerjasama antara jabatan kerajaan dan pihak swasta ini sangat memberi manfaat kepada penduduk kerana penduduk boleh mendapatkan info berkaitan skim PERKESO dan melakukan saringan kesihatan secara percuma tanpa perlu hadir ke PERKESO mahupun Poliklinik.”
Program diakhiri dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada penerima serta nyanyian lagu Jalur Gemilang.
-ZS-