Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Ketua Jabatan Kerajaan Perlu Jadi ‘Key Communicator’ Perangi Rasuah

By 25 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan di Labuan diseru untuk menjadi ‘Key Communicator’ menyebarkan mesej anti rasuah.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias para Ketua Jabatan boleh menanamkan budaya intergriti dalam kalangan kakitangan awam dan masyarakat sebagai membantu usaha memajukan Labuan dengan lebih cepat.

“Kalau tiada sistem penyampaian yang baik dan berintergriti maka usaha untuk mengangkat kembali Labuan selepas terjejas dengan pandemik COVID-19 tidak akan tercapai,” katanya semasa merasmikan Program Gerak Mesra Basmi Rasuah SPRM Labuan Bersama Komunikator Utama Masyarakat, di sini pagi tadi.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan Mohd Yusizzudin Mohd Yusof, pengarah-pengarah agensi kerajaan dan pengamal media tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda