
Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zuraida Mohd Noor telah merasmikan Program Semarak Gemilang 2022 Kuala Terengganu di perkarangan Dewan Rumah Pangsa Mampu Milik, Cerong Binjai, Cendering, di sini hari ini.
Zuraida turut menyeru orang ramai yang hadir untuk menyemarakan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.
“Program sebegini perlu diperluaskan bagi menyuburkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Pelbagai acara menarik diadakan seperti pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna, pertandingan membuat sambal belacan dan acara cukur jambul bayi yang baharu lahir.
Kemuncak program ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil blok perumahan tersebut.
-ZS-