Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KMKM 2022 Beri Kesedaran Masyarakat untuk Kibar Jalur Gemilang

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Zainaudin Ab Hamid (Baling)

BALING, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 Peringkat Negeri Kedah berakhir di daerah Baling semalam dilihat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Dato Wan Romani Wan Salim berkata melalui kembara ini juga dapat memupuk serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Apabila konvoi melalui kawasan kampung atau bandar, secara tidak langsung menyedarkan kita bahawa negara akan menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya di program KMKM 2022 di Perkarangan Pejabat Penerangan daerah Baling, di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu Haji Abdul Nasir Idris dan Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi Pembangunan Masyarakat Negeri Kedah Aidatul Shima Che Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda