
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
ARAU, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Dataran Arau di Taman RPA Arau menjadi saksi bagi serahan Baton Jalur Gemilang dari dua buah negeri pada tengah hari tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia negeri Kedah Dato’ Romani Wan Salin telah menerima serahan baton daripada Pengerusi Hiawatankuasa Teknologi Maklumat & Komunikasi Roziena Ahmad dengan disaksikan oleh Ketua Konvoi Perlis Azrul Hasan, di Dataran Arau di sini.
“Pelaksanaan program ini mencerminkan konsep keterangkuman #KeluargaMalaysia dengan jaringan kerjasama yang baik antara dua buah negeri,” ujar Roziena Ahmad ketika ditemui.
Beliau menyatakan KMKM 2022 ini memberi gambaran sebenar nilai-nilai Keluarga Malaysia di negeri Perlis.
Antara pengisian di Taman RPA Arau ini adalah persembahan PENTARAMA, pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik dan ceramah kenegaraan.
-ZS-