
Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)
KUALA PILAH, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 (KMKM2022) Peringkat Negeri Sembilan di sini memberi ruang kepada masyarakat menghayati kemerdekaan yang dinikmati selama 65 tahun ini.
Menurut Mohd Faizal bin Abd Manap, Pegawai Daerah Kuala Pilah, program sebegini menjadi landasan bagi generasi muda mengetahui kisah-kisah perjuangan penduduk Kuala Pilah khususnya di Terachi dalam menentang penjajah Inggeris suatu ketika dulu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Za’aba Abu Bakar menyatakan gabungan KMKM 2022 dan aktiviti Bola Sepak Sawah, Ngoca Ikan dan Tangkap Itik menjadi simbolik bahawa perlunya mempertahankan kemerdekaan negara agar program sebegini dapat dilakukan dalam keadaan aman.
“Kemerdekaan negara kita perlu dipertahankan demi masa depan anak bangsa,” ujarnya ketika ditemui.
Peserta konvoi KMKM 2022 Negeri Sembilan terdiri daripada wakil agensi itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Telekom Malaysia (TM) dan Kumpulan Permotoran BMW K16.
-ZS-