Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kolaborasi TM-YEPB Bantu Lahir Lebih Ramai Tenaga Kerja Terlatih Bidang Komunikasi

By 18 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

PETALING JAYA, 18 Ogos ((Malaysiaaktif) – Kolaborasi strategik antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Yayasan Ekonomi Padang Besar (YESB) untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja terlatih dalam bidang telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata ia bakal direalisasikan menerusi pensijilan tenaga kerja yang akan dibekalkan kepada kontraktor bumiputera yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja ‘Fiberisation’ di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Katanya, inisiatif antara TM dengan YEPB ini selaras dengan pelaksanaan JENDELA oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“K-KOMM dan SKMM sentiasa memberikan tumpuan kepada penambahbaikan perkhidmatan melalui pelaksanaan JENDELA bagi menangani isu akses kepada internet berkualiti sekali gus merapatkan jurang digitalisasi antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara TM dengan YEPB, di sini hari ini.didermakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda