Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi Bermotosikal Suntik Semangat Patriotisme

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati Wan Mohamad Abedullah Hakim (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan disemarakkan lagi dengan aktiviti konvoi bermotosikal demi menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan penduduk.

“Jalinan kerjasama warga Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Ulu Piol dan KKM Kampung Senggang ini diharap dapat mengeratkan ikatan silaturahim selain meningkatkan kesedaran untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang,” kata Pegawai Daerah Kuala Kangsar Zulhisham Ahmad Shukori ketika merasmikan Konvoi Bermotosikal Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia di perkarangan Dewan Serbaguna Kampung Ulu Piol, di sini kelmarin.

Ketua KKM Kampung Ulu Piol Megat Mohammad Fitri Megat Ariffin turut menzahirkan penghargaan kepada peserta dan penduduk atas kerjasama sepanjang konvoi berlangsung.

“Kita mengedarkan Jalur Gemilang selain menyantuni penduduk dengan menyerahkan bantuan bakul makanan dengan harapan perpaduan sesama kita terus utuh pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda