
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Keluarga Malaysia Johor Bahru bermula semalam akan berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bertujuan mendekati Keluarga Malaysia serta menyemarakkan lagi Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Norhasiswana Rasion konsep Konvoi Kembara Keluarga Malaysia pada kali ini melibatkan Ikon Merdeka Johor Bahru dan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) di bawah Jabatan Penerangan Malaysia.
“Terdapat 30 Komuniti Keluarga Malaysia di daerah Johor Bahru yang akan dikunjungi sepanjang konvoi berlangsung bermula hari ini (Isnin) dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang berada di lokasi perhentian dan juga akan membuat edaran bendera dan bahan penerbitan jabatan kepada komuniti,” katanya semasa Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia Daerah Johor Bahru di Taman Dahlia semalam.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Ramlee Bohani, Ketua-Ketua kampung daerah Kempas dan penduduk sekitar.
-ZS-