
Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Rembau mengadakan program konvoi Semarak Gemilang bersama 16 jabatan dan agensi peringkat daerah bagi menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang di daerah ini.
Acara kemuncak perasmian dan penutup dirasmikan oleh Pegawai Daerah Rembau Mohamad Najib Mustafa
diadakan di Rembau Waterfront, baru-baru ini di tujuh tempat pemeriksaan lokasi melibatkan penyertaan lima Kelab Malaysiaku, Rembau Sentral dan Pekan Rembau.
Turut diadakan simbolik melepaskan 2000 benih anak ikan lampam ke Sungai Rembau dan penyampaian kit bendera Jalur Gemilang pada Ketua-Ketua Jabatan di daerah Rembau dan Senamrobik Merdeka.
Menurut peserta konvoi, Faizal Ahmad, 35, aktiviti konvoi Semarak Gemilang ini sangat baik kerana menjadi salah satu cara menyampaikan mesej tentang kempen kibar Jalur Gemilang selain mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dengan tema Keluarga Malaysia, Teguh Bersama.
-ZS-