Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KRT Rancha-Rancha Ajak Komuniti Kibar Jalur Gemilang

By 16 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/KRT Rancha-Rancha

LABUAN, 16 Ogos  (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rancha-Rancha mengajak penduduk setempat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Menurut Pengerusinya Alias Asri, 47, mereka memasang dan mengedarkan kira-kira 300 helai Jalur Gemilang kepada penduduk kampung tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“KRT telah memasang 100 helai Jalur Gemilang di laluan utama dan lokasi tumpuan orang ramai di kampung tersebut selain mengedarkan 200 helai Jalur Gemilang ke rumah-rumah penduduk kampung  dan kepada pengguna jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR).

“Saya berharap penduduk kampung tidak ketinggalan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing,” katanya yang ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda