Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Perasmian Penutup Sukan Rakyat Ulang Tahun Pertama MPPn Disambut Meriah

By 9 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat (Pontian)

PONTIAN, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Penutup Sukan Rakyat sempena Ulang Tahun Pertama Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) disambut meriah di Stadium Mini Pontian, di sini pada Ahad.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Benut Datuk’ Ir. Haji Hasni Mohamad.

“Tahniah kepada semua pemenang. Semoga program yang dijalankan pada hari ini dapat memberi manfaat dan mengeratkan hubungan antara pihak MPPn dan warga Pontian khususnya.

“Harapan saya juga agar kita terus memartabatkan sukan tradisional kita agar tidak ditelan zaman,” katanya.

Pelbagai aktiviti tradisional telah dilaksanakan bagi memeriahkan majlis antaranya pertandingan sepak raga bulatan, tarik upih, permainan dam haji, batu Seremban dan lain-lain lagi.

Turut hadir Yang Dipertua MPPn Mohd. Ezzuddin Sanusi, Setiausaha MPPn Hisyamudin Amat serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Pontian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda