Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Memorandum Perjanjian Pajakan STR Ladang Kuala Tahan Dimeterai

By 11 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Azrul Azham

JERANTUT, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang dan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad telah menandatangani memorandum perjanjian pajakan bagi memajukan tanah sebagai ladang kelapa sawit untuk Skim Tanah Rakyat (STR) Ladang Tembeling Jaya 1 dan 2 bagi daerah Jerantut, di sini semalam.

Menurut Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail program STR ini yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melibatkan tanah di seluruh Pahang termasuklah di Jerantut yang berkeluasan sebanyak 1782.56 ekar di Kuala Tahan dan pemajuan tanah ini membabitkan pemilihan 344 orang peserta.

“Pelaksanaan STR ini akan dibangunkan untuk tujuan pertanian iaitu penanaman kelapa sawit yang mana akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuklah rakyat dan pihak kerajaan negeri sendiri,” ujar Wan Rosdy.

Selain itu menurut beliau, setiap peserta akan mendapat bayaran dividen keuntungan setiap tahun bermula pada keuntungan bagi tahun bermula pada keuntungan bagi tahun keenam selepas bermulanya pemajuan tanah.

Selain itu menurut beliau setiap peserta akan mendapat bayaran dividen keuntungan setiap tahun bermula pada tahun keenam selepas pemajuan tanah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda