Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Menangis Tak Dapat Bendera

By 13 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Zayana Isa/Sh. Nurrul

MARAN, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Demi semangat cintakan negara dan mengikuti sambutan Bulan Kebangsaan saban tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, seorang warga emas berkongsi pengalaman sewaktu beliau masih belasan tahun yang menangis kerana tidak dapat bendera.

Menurut Musa Janan, 75, dari Kg. Berkat, di sini saban tahun beliau memang menantikan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Pakcik dulu pernah menangis kerana tak dapat bendera sebab pakcik tak pernah ketinggalan menyambut hari kemerdekaan pada masa itu dan pemberian bendera memang sinonim dengan sambutan bulan ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Maran, di sini semalam.

Tambah beliau, generasi hari ini perlu menghayati bulan kebangsaan yang disambut saban tahun dan pendekatan seperti ini bersesuaian untuk golongan muda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda