Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Menu Siswa Keluarga Malaysia Untuk Pelajar PSA

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menyokong inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkenalkan Menu Siswa Keluarga Malaysia bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi pelajarnya.

Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata pengenalan kepada Menu Siswa Keluarga Malaysia itu adalah salah satu usaha pihak pengurusan bersama pengusaha kafeteria yang prihatin dengan keadaan semasa pelajarnya.

β€œKita faham isu kenaikan harga barang ketika ini tambahan pula bagi PSA yang berada di tengah pusat bandaraya, justeru Menu Siswa Keluarga Malaysia adalah salah satu inisiatif yang diambil bagi membantu para pelajar,” ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan Menu Siswa Keluarga Malaysia di kafeteria PSA, semalam.

Menurutnya, pihak pengurusan telah mengadakan perbincangan bersama pengusaha kafeteria bagi mencari kaedah terbaik penyediaan menu kepada pelajar dengan harga yang ditetapkan adalah RM3.50 untuk satu hidangan lengkap beserta air minuman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda