
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir
BUKIT TAMBUN, 31 Ogos (Malaysia aktif) – Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dapat disaksi dengan pelbagai ragam dan keletah kanak-kanak Tadika Pavitrha dan Tadika Perpaduan Taman Merak, Bukit Tambun SPS melalui Program Merdeka@Komuniti bersama Komuniti Keluarga Malaysia Taman Merak.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail, penglibatan kanak-kanak dalam program ini bertujuan menyemai semangat patriotisme sejak kecil agar mereka dapat memahami kepentingan semangat cintakan negara.
“Kanak-kanak juga akan lebih terdidik dengan perasaan menghargai keharmonian yang ada dan secara tidak langsung mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara kelak,” katanya.
-ZS-